| Tarikh | : 01 Mac 2019 |
| Masa | : 02.00 petang – 05.00 petang |
| Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
| Peserta | : 33 Orang |
Tujuan
Program ini telah disertai 33 orang peserta. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi penerangan tentang Pusat Internet kepada ahli baru tentang objektifnya serta perkhidmatan yang disediakan di PI. Selain itu, untuk memperkenalkan peraturan yang terdapat di PI supaya menjadi amalan ketika berkunjung ke PI.
Aktiviti
Petugas menerangkan tentang objektif PI serta perkhidmatan yang ada di PI. Selain itu juga, terdapat sesi memperkenalkan petugas kepada ahli-ahli baru. Elemen-elemen yang terdapat dalam info penerangan adalah seperti Pengenalan petugas PI, Kadar bayaran ahli dan bukan ahli, Waktu operasi PI, Larangan dan salah laku semasa di PI, Perkhidmatan yang disediakan di PI, Perkhidmatan My Health dan Kelas ICT disediakan secara percuma di PI