mcmc
Laporan Aktiviti

Microsoft Word : Membuat peta minda

 Tarikh  : 24 Jun 2019
 Masa  : 02.00 petang – 05.00 petang
 Tempat  : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta  : 8 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini telah disertai oleh 8 peserta dari kalangan sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah untuk mengajar peserta Microsoft word iaitu membuat peta minda.

 

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti diadakan ialah petugas membuat aktiviti penerangan berkenaan dengan peta minda. Kemudian peserta diberi tugasan untuk membuat peta minda menggunakan word berdasarkan tajuk komponen asas komputer.