| Tarikh | : 3 September 2018 |
| Masa | : 02.00 petang- 04.00 petang |
| Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
| Peserta | : 17 Peserta |
Tujuan
Program ini telah disertai oleh 17 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah tahap 2. Tujuan program ini dijalankan ialah untuk mempelajari tentang negara kita iaitu Malaysia. Selain itu untuk menerapkan perasaan sayang pada negara dan menerapkan semangat patriotisme.
Aktiviti
Program ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pembentangan slide Microsoft Powerpoint dan Aplikasi kuiz online Kahoot.