| Tarikh | : 15 September 2018 |
| Masa | : 09.30 pagi – 12.00 tengah hari |
| Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
| Peserta | : 26 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini telah disertai oleh pelajar sekolah rendah tahap 1 dan tahap 2. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk memupuk semangat patriotisme dari kalangan peserta. Serta untuk mewujudkan persekitaran Pusat Internet dalam suasana ceria sempena hari Malaysia. Selain itu, dengan adanya aktiviti sebegini para peserta boleh mengetahui hari Malaysia dan menghayati makna hari Malaysia dan berusaha mengekalkan kemerdekaan hari ini.
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bagi tahap 1 akan mewarrna bendera setiap negeri. dan bagi tahap 2 akan mewarna lukisan yang telah disediakan.