| Tarikh | : 27 Mei 2023 – 28 Mei 2023 |
| Masa | : 2.00 petang – 5.00 petang |
| Tempat | : PEDI Kg Biawak |
| Peserta | : 6 pelajar |
Tujuan
- Menonton video KDB.
- Menjawab kuiz melalui kahoot.
- Menggunakan Microsoft word – membuat salasilah keluarga ( belajar membuat carta, insert pic, dan word art. )
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan tayangan video KDB dan penerangan diberikan oleh petugas PEDi. Seterusnya pelajar menjawab soalan melalui kahoot. Pelajar juga diberikan tutorial cara menggunakan microsoft word untuk membuat salasilah keluarga mereka masing-masing. Seterusnya, pelajar turut belajar cara bagaimana membuat carta. Disamping itu, pelajar turut diajarkan cara insert picture dan membuat kertas projek menggunakan word dengan format yang betul. Selain itu, pelajar juga dapat belajar cara menggunakan word art untuk projek tersebut dan juga belajar cara membentangkan projek mereka.