| Tarikh | : 15 Januari 2019 |
| Masa | : 02.00 petang – 05.00 petang |
| Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
| Peserta | : 12 peserta |
Tujuan
Kelas ini telah disertai oleh 12 peserta dari sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk menambah ilmu serta mengajar membuat biodata diri dalam Microsoft Word dikalangan peserta.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah para peserta diajar cara untuk membuka Microsoft word, dan mengenal symbol yang terdapat di Microsoft word. Setelah itu, para peserta diajar untuk membuat biodata diri dan diajar untuk menyimpan di dokumen. Diakhir, aktiviti para peserta diminta untuk membuat semula seperti yang diajar dan dibuat oleh petugas.