mcmc
Laporan Aktiviti

Canva: Infografik & KDB

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. belajar menggunakan aplikasi Canva untuk membuat infografik
  2. mengaplikasikan pengetahuan dalam membuat infografik untuk membuat tugasan sekolah atau kerja peribadi
  3. Klik Dengan Bijak: Peserta mempelajari konsep AACCO 

Kriteria penilaian AACCO adalah seperti berikut:

1. Ketepatan (Accuracy)

  • Apakah fakta yang saya dapat?
  • Adakah maklumat tersebut hanya berdasarkan pendapat peribadi atau pengalaman sahaja?

2. Kewibawaan (Authority)

  • Siapakah pengarangnya?
  • Apakah latar belakang dan kelayakan pengarang tersebut?

3. Liputan (Coverage)

  • Apakah topik yang dibincangkan oleh sumber tersebut?
  • Adakah topik tersebut dibincangkan secara mendalam atau ringkas?

4. Tempoh Masa (Currency)

  • Bilakah sumber itu diterbitkan?
  • Adakah ia telah dikemas kini baru-baru ini?

5. Matlamat (Objectives)

  • Mengapa penulis menulis mengenai topik tersebut?
  • Apakah yang beliau mahu capai melalui penulisan tersebut?

 

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan konsep AACCO sebelum memulakan kelas. Kemudian, peserta diminta mencatatkan maklumat -maklumat penting dan diuji dengan menjawab soalan KDB. Untuk Canva, peserta membuka id login Canva masing-masing dan belajar membuat infografik ringkas.

 

Gambar Disini