| Tarikh | : 18 Januari 2019 |
| Masa | : 02.00 petang – 05.00 petang |
| Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
| Peserta | : 12 Peserta |
Tujuan
Program ini telah disertai oleh 12 orang peserta. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk memperkenalkan dashboard Komuniti (My Place) dikalangan para peserta agar dapat mempromosikan tempat tempat menarik disekitar Kampung Biawak.
Aktiviti
Program ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang diadakan ialah para peserta diajar membuka dashboard dan cara mengunakan my Place. Diakhir aktiviti, setiap para peserta diminta untuk memasukkan Tempat- tempat menarik yang terdapat di Kampung Biawak.