| Tarikh | : 14 Mac 2019 |
| Masa | : 02.00 petang- 04.00 petang |
| Tempat | : Pusat Internet Biawak |
| Peserta | : 11 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini disertai oleh 11 orang pelajar. Aktiviti ini adalah untuk menggalakkan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui permainan online. Aktiviti ini dapat menggalakkan pelajar belajar dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan.
Aktiviti
Aktiviti ini ialah kelas pengenalan perkataan baru dalam Bahasa inggeris. Pelajar diajar untuk mengeja dan mengenal perkataan yang berkaitan dengan ICT dalam Bahasa inggeris seperti Keyboard, mouse, monitor, communication, technology, dan lain-lain. Permainan ini boleh digunakan sebagai satu platform untuk belajar. Petugas mengajar perkataan baru dalam Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan ICT. Kemudian, pelajar diarahkan mencari perkataan Bahasa Inggeris di dalam permainan online yang mereka main seperti coloring online & word search. Kemudian pelajar harus menyebut perkataan tersebut dan petugas menerangkan maksudnya.