| Tarikh | : 08 November 2018 |
| Masa | : 02.00 petang – 05.00 petang |
| Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
| Peserta | : 15 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini telah disertai oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengisi masa lapang sementara ketiadaan internet di PIM dan untuk menguji pengetahuan para peserta.
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah para peserta diminta untuk membuat kotak dan melabelkan kategori berserta markah. Cabutan satu huruf dari A-Z dibuat dan para peserta diminta untuk meneka dan menulis jawapan mengikut kategori.