| Tarikh | : 15 Oktober 2019 |
| Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
| Tempat | : SMK Lundu |
| Peserta | : 200 Peserta |
Tujuan
Jelajah advokasi ini adalah program Klik dengan bijak yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Aktiviti
Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah Klik dengan bijak, perbincangan dalam kumpulan dan permainan KDB. Ceramah Klik dengan bijak merangkumi tajuk-tajuk seperti buli siber, sexting, online grooming, oversharing, ketagihan internet dan pengawalseliaan alam siber. Bagi aktiviti di dalam kumpulan pula, pelajar dibahagikan di dalam kumpulan dan diberi satu tajuk untuk dibincangkan dan kemudian dibentangkan. Selesai perbentangan, pelajar dibawa bermain satu permainan yang berkaitrapat dengan KDB iaitu ‘Permainan Radio Buruk’. Antara pengajaran daripada permainan ini adalah sesuatu berita yang diperolehi dari sesuatu sumber haruslah disampaikan dengan betul tanpa menokok tambah.