| Tarikh | : 16 Jun 2022 |
| Masa | : 2.00 petang – 5.00 petang |
| Tempat | : Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lundu |
| Peserta | : 26 Peserta |
Tujuan
- Guru dapat memanfaatkan PEDi sebagai satu platform untuk pelajar menjalankan aktiviti.
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara membuat Facebook Page untuk tujuan keusahawanan atau persatuan mereka.
- Menggalakkan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka terhadap kelebihan dalam kemudahan teknologi.
- Petugas turut berkongsi berkenaan advokasi Klik Dengan Bijak bersama pelajar.
Aktiviti
Guru memberi sedikit taklimat kepada para pelajar dan petugas memulakan dengan sesi advokasi Klik Dengan Bijak. Petugas kemudian menerangkan tentang asas Facebook dan memulakan tutorial membuat Facebook Page dengan bantuan tablet yang telah disediakan oleh petugas DCC di Majlis Daerah Lundu.