| Tarikh | : 09 Februari 2019 |
| Masa | : 02.00 petang – 05.00 petang |
| Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
| Peserta | : 19 Peserta |
Tujuan
Kelas ini telah disertai oleh 19 peserta dari kalangan kaum wanita. Kelas keusahawanan ini adalah untuk menggalakkan usahawan yang ada untuk terus mempromosi dan membangunkan perniagaan mereka.
Aktiviti
Kelas ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang diadakan ialah usahawan yang telah berjaya berkongsi tentang kejayaan mereka untuk memberi inspirasi serta motivasi kepada usahawan yang lain agar lebih komited dan tidak mudah berputus asa. Selain itu, program ini adalah untuk memberi galakkan kepada usahawan yang ada untuk mempromosikan produk mereka dengan lebih luas.